Tuesday, 28 February 2012

Pengajaran Hari Ini.

Aku update ni sambil makan chipster hot n spicy, gara-gara nak menenangkan hati yang panas. Tapi pelik, hati panas tapi makan chipster hot n spicy. Dah tambah lagi kepanasan di situ. haha :D

Ceritanya bermula begini, balik je dari kerja tadi cepat-cepat aku bergegas ke kedai serbaneka. Tujuannya sebab nak beli barang la. Nasib baik la kedai tu memang dekat dengan ofis aku, dah jadi kedai wajib aku pergi after ofis hour untuk cari barang-barang kecik. Barang kecik di sini bermaksud topup, gula-gula, sepit kuku dan bla2...ha..:D

Dah masuk kedai tu so mata aku pon melilau-lilau la mencari kelibat barang yg aku perlukan. Setelah penat pusing-pusing dalam kedai yg penuh dengan cctv tu mata aku pun terpaku la kat barang ni..................................................................................................................................................................


Tadaaa! Girl's best friend. haha
Lepas tu lg teruja bila tengok ni. 
Zoom in.
Nampak? Lepas tu kan aku macam, whatttt??? RM2 for 4 pcs? Dah jadi 50sen je satu. Terus aku grab je la kan dari rak tu, then terus potong Q dan bayar RM2 untuk barang yg tu. Dah memang masuk kedai tu sebab nak cari benda ni pun. huhuhuhahahaha... Malas aku nak beratur panjang-panjang. Lantak la bukan orang kat dalam kedai kenal aku pun. hehe :')

Lepas tu balik sampai rumah terus la keluarkan barang yg dibeli td. Terus nak cuba. Harus lah gelojoh macam tu kan. :D

Okey, kali ni lagi sekali aku macam, whattt??? TAK BOLEH GUNA?? Sakitnya hati! Aku cuba la setiap pcs yg konon-konon 50sen je satu tu kan. Dan semua pun memberikan hasil yg menyakitkan hati. TAK BOLEH GUNA. Fullstop. Sebabnya besi dia nipis sangat. Aku siap boleh lentur-lentur kan lg. 

Jadi, memang aku dah campak dah benda tu. Kononnya macam murah, tapi dah buang duit aku RM2. Kalau tak, aku boleh beli Chipster lagi sebungkus. Tambah berapa posen je lg.

Pengajarannya, aku dah tak nak beli barang mcm tu kat kedai serbaneka tu lagi. Semalam da beli sepit kuku, belom try lagi boleh guna ke tak. Harap-harap hasil tak mengecewakan la. hoho..


p/s: semalam beli ni. feelin2 macam minah rempit. tp ni boleh guna :D






No comments:

Post a Comment